finally...
Wednesday, 14 December 2011 • 00:13 • 0 comments
assalamualaikum,

wah~macam tidak percaya sahaja yang peperiksaan SPM yang ramai orang gerunkan dah berakhir...huhu..
aku memang tak boleh nak percaya. masa dah habis exam pun aku terdiam sebab...memanglah tak boleh percaya!!tapi ini bukan bermaksud segala- galanya sudah berakhir kawan, perjalanan kita yang sebenar baru sahaja nak bermula...ada juga SPM selepas ini, yang ini aku pasti korang semua memang takut, Sijil Panggilan Maut...tarikh dia tak tahu bila, tetapi yang pasti semua orang mesti akan melalui 'Peperiksaan" ini.

Herm, baru aku sedar, kalau SPM dah lepas bermakna, no more uniform, no more perhimpunan pagi, no more school...haih! inilah yang orang cakap, bila SPM belum lepas, punyalah mengeluh bila nak habis sekolah, tapi bila dah habis SPM...memang akan rindu segala-galanya...kenangan eceh..jiwang ayat aku yang pahit pun korang sanggup nak telan balik...


 

but, seriously please...no more homework!!( walaupun aku tahu dekat universiti dengan kolej assignment lagi berlambak, tapi aku harap pihak kerajaan dapat mengurangkan assignment itu)

dan apa yang paling aku akan rindu sekali ialah...

kawan- kawan aku yang paling aku sayang


memang aku akui sejak umur aku 6 tahun, persahabatan tak dapat dipisahkan dengan manusia. sebab manusia hidup saling bergantung. dengan kawanlah aku dapat rasa apa itu sakit hati, apa itu cemburu, apa itu gembira, apa itu maksud sayang...aku rasa kita semua memang kena rasa benda- benda ini walaupun separuh daripada mereka menyakitkan kerana itulah yang menjadikan kita sebagai manusia..korang tak boleh nak belajar macam, ok...kalau korang marah..korang mesti buat muka macam ni..nope..pointless..sebab itu aku kata..perasaan adalah sesuatu yang abstrak..semua orang pernah rasa tapi susah nak terangkan...

haha...merepek sudah si Shahida ni... apa2 pun aku memang rasa sayang gila dengan korang..walaupun muka aku tak tunjukkkan apa2 perasaan..kalau rasa menyampah dekat aku pun tak apa...sebab itu adalah lumrah hidup...aduih! dah tak tahu nak terangkan macam mana..and i'll never say goodbye because this is not the ending of our friendship...

haha...aku tahu benda ini amatlah cliche tapi aku suka ayat2 yang cliche...jadi, kita pasti akan akan berjumpa lagi...yakinlah dan berdoalah pada Allah...

wassalam.

ps: sorry, tak ada gambar...malas nak buka facebook and cilok gambar orang...haha...blame me~

Labels:


OLD • NEW
This owner ♥
Thanks for coming


Welcome


Yokoso minna! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice greetings on my cbox ^^
Mood : mix feeling
Status : Lolsz~
IF U DONT WANNA READ THIS BLOG,JUST LEAVE ME ALONE, NO HARM~ >.<

Chating here ♥

Awesome people ♥
Thank for following me
Credits ♥
Harhars

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Yurie