Anime:Kobato -DONE-
Friday, 10 February 2012 • 00:50 • 0 comments
assalamualaikum,

haha!!!akhirnya Shahida sudah berjaya menghabiskan cerita Kobato yang mempunyai 24 episod  dalam masa dua hari...wah! leganya~
Untuk Kobato, aku rate 5/5!!!yeah!!sebab cerita dier sangat kelakar aku gelak sampai nak nangis dan sangat menyayat hati aku tak nangis, sebak jer.jadi, siapa yang suka cerita2 yang menyayat hati, boleh tengok cerita ni.  herm..Kobato ni cerita dia pasal apa sebenarnya?tak per..jom baca sinopsis dia..


Sinopsis:  Kobato Hanato, atau lebih dikenali sebagai Kobato adalah seorang gadis yang sangat sweet, positif, sentiasa happy, tapi lurus bendul dan cuai. dia ni sebenarnya bukanlah manusia biasa, kira macam spirit lah..tapi manusia boleh nampak dier..Kobato kena turun dekat bumi sebab dia ada misi untuk dilaksanakan. dia kena kumpul hati orang yang dia sembuhkan, kiranya kalau orang itu ada masalah..dia tolong dan bila orang tuh dah gembira dia dapatlah hati tu..dia kumpul hati tu dalam botol.kalau korang tengok cerita ni, hati tu bentuk bintang..Kobato panggil candy..

untuk selesaikan mission ni, dier ditemani oleh satu makhluk yang hiduplah, tapi bukan manusia atau haiwan. biasalah cerita kartun, tahap imaginasi melampau..nama dia Ioryogi. Ioryogi ni dalam fizikal mainan. berbadan anjing berwarna biru.. jadi mainan comel ni lah yang tolong ajarkan Kobato. Ioryogi terpaksa berlakon jadik patung bila berhadapan dengan orang lain. yang uniknya dier ni boleh sembur api dari mulut, lebih2 lagi biler marah dengan Kobato..XD

mesti korang pelikkan kenapa Kobato kena kumpul candy tuh. sebab, kalau dier kumpul sampai botol tu penuh, dier dapat tunaikan permintaan dier. permintaan Kobato adalah nak pergi satu tempat. tapi dibagi masa sampai 4 musim berlalu, musim panas,sejuk,bunga dengan luruh.

jadi, dalam proses nak cari candy ni, Kobato terjumpa satu taska yang memerlukan pekerja. dier pon kerja lah kat sana.Cikgu kat sana adalah Cikgu Sayaka dengan seorang lelaki ni, Cikgu Fujimoto. masalah taska ni pulak, Ah Long kejar pengetua dier, cikgu Sayaka sebab ayah cikgu tuh berhutang. sama ada langsaikan atau tinggalkan taska tu. itu yang Kobato kerja kat taska tuh.

jadi banyaklah kejadian menyayat hati yang berlaku sepanjang cerita ni. bukan sahaja dalam taska, tapi dekat2 kawasan tu jugak. 
 
bagi aku cerita ni lebih bertemakan kepada persahabatan dan kekeluargaan..sebab awal2 cerita ni tak adalah banyak sangat pasal cinta. bila dah nak episod2 akhir, barulah plot dier menuju ker situ..dan cerita ni amat2 kelakar.penuh dengan lawak..XD 

storyline amat bagus, episod pertama jer dah buat aku gelak bagai nak rak.ditambah pulak dengan sikap Kobato yang sangat cuai dan sangat bersemangat. dan dalam episod pertama jugak dah start lah rasa nak nangis.
 episod last sekali memang buat aku menangis.

aku prefer korang tengok anime kerana effect dier lebih bagus, nak baca manga pun boleh..tapi versi anime  berlainan sikit dengan versi manga dier..lebih2 lagi ending..itu perkara biasa..

kesan cerita ni kepada aku adalah menjadikan aku lebih bersemangat seperti Kobato XD...aku harap aku boleh jadi ceria macam dia...


JOM TENGOK KOBATO!!!!


 
Kobato episode 1 part 1

 KOBATO!!GANBARIMASU!!

ps: boleh tengok dekat youtube..jangan risau!ada subtitle~ 

Labels:


OLD • NEW
This owner ♥
Thanks for coming


Welcome


Yokoso minna! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice greetings on my cbox ^^
Mood : mix feeling
Status : Lolsz~
IF U DONT WANNA READ THIS BLOG,JUST LEAVE ME ALONE, NO HARM~ >.<

Chating here ♥

Awesome people ♥
Thank for following me
Credits ♥
Harhars

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Yurie