Give up?
Thursday, 4 July 2013 • 18:45 • 0 comments



"Already give up?
Naaahh,life just get started
nope, bunch of thanks ;) "


Assalamualaikum,

here we go! so, have you ever been in this situation? i've been a lotttt. i think soo.ahahaXD

well well, i think most of us rasa benda2 macam ni. so, for me it's a normal thing..
annnddd, most of us chose NOT TO GIVE UP. righttt?
itu yang aku perasanlah. 
selepas satu persatu nasihat/sokongan/bebelan parents,family,kawan2, cikgu2..haaa! baru ada semangat nak usaha lagi.

tapi, bagi aku, ade satu quote yang memang bagi aku semangat/tak bagi langsung, memaksa mungkin XD untuk terus terus tingkatkan usaha aku. 

"Hidup mesti diteruskan kawan"

huhu, yeah i know too typical~ tapiii, quote ini adalah fakta yang memang 100% betul, kalau aku endahkan pun, quote ni tetap akan berdiri tegak dalam brain aku~

aku selalu bayangkan, diri aku (ilusi) tepuk bahu diri aku yang rasa down (realiti) sambil cakap quote ni.
huhu, ni orang yang selalu berangan macam aku lahh.


 BUT! yeah a big BUT...
kalau tak nak give up, kene ada usaha!
actually, dalam buat satu or dua benda ni, yang paling penting adalah USAHA.
haaa, mana boleh dok goyang kaki je, 
nak makan pon kena kunyah, tak mau, lapor la jawabnyaaa


Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”
                                                                              - surah At Taubah,ayat 105-

even Allah pun ingatkan kita, usaha itu sanggaaaat penting. huhu, usaha dulu, then tawakal~
hasilnya, serahkan pada Allah~

ni janganlah, baru dapat PMR low sikit, cakap tak mau pergi sekolah..=.="
nak lempang kaa??
belum lagi dapat ujian lagi berat..

ok ok, rasa sampai sini je coretan ku pada jam dan minit ini~
ape2 pon, aku ucapkan goodluck lah kat korang!

wassalam~

#nampak tak penggunaan honorific yang berterabur??haaa, kamu semua sabo jelah =)
doakan kejayaan umat islam seluruh dunia~ =)

 

Labels: ,

written in your heart
Monday, 7 May 2012 • 18:39 • 0 comments
And you're always free to begin again
And you're always free to believe
When you find the place
That your heart belongs
You'll never leave

You and I will always be
Celebrating life together
I know I have found a friend forever more
Love is like a melody
One that I will always treasure
Courage is the key that opens every door

Though you may not know
Where your gifts may lead
And it may not show at the start
When you live your dream
You'll find destiny
Is written in your heart



Assalamualaikum.how are you doing people?haha.em, this is a lyric to a song, of course which is called written in your heart.And it's actually from a movie, Barbie As Princess And  The Pauper.ok, nice one.honestly, this movie is my most favourite among Barbie's collection.yeah. i know, what a childish child we have here.

haha.the lyrics are really capative and i can't help from singing this.what?yeah yeah. i know, my voice is not that beautiful and you don't have to hear me. the words just amazingly beautiful. so, i can't help myself.

i LOVE fairy tale even though i knew and always know it's not a true one.but it motivated me.haha.well, i'm just a normal girl.but, for sure i'll making my life as a happy one.ok,just happy.duh, it's really short name.hehe.actually i have the long one but..yeah, don't bother to remember it.

ok, i lost my words now.i planed to make a poem slash lyrics slash whatever. sometimes, when the ideas hitting my head, my hands and legs are not really being cooperate with me. to grab a pencil and a sheet then write it.and sometimes, they popped at a wrong place.example: bathroom.

ok, people.i can't type a word anymore due to my broken brain. that's for today and have a blast day!!

wassalam

Labels: , ,

uji minat-kerjaya
Sunday, 15 April 2012 • 12:04 • 0 comments
assalamualaikum
huhu..jom cuba benda ni, 
walaupun dah isi upu, aku tetap cuba benda ni,

link:

korang kena pilih jawapan yang pertama sekali terlintas kat fikiran
aku dah cuba, lebih kepada social dan investigate,
semua course yang dia bagi kat uitm..
apa2 pon, tiba2 hati rasa lega sikit lepas buat benda ni..
amaran: kalau rasa lepas buat benda ni akan menyesal, jangan buat!!

SELAMAT MENCUBA!!

ps: seriously, lain yang aku harap untuk course tu,lain yang keluar. nursing dengan pengurusan bank? nursing tu okay kot.tapi pengurusan bank rasanya tak.haha..aku tak adelah kisah sangat pasal benda ni.just nak tau sebenarnya personaliti aku ni lebih ke mana

Labels:

door of future
Tuesday, 28 February 2012 • 14:34 • 0 comments

 



With trembling hand,
with feared in eyes,
if a smile can cover it,
 the feeling still sit in me,
To open the door of future.

Too many questions run in my head,
Am I going to be hurt or happy?
Am I going to cry or smile?
Am I going to see the real world or get blinded?
But the answers are in that world.

Can I survive?
Can this body make someone happy?

Hey, let keep the answers being mystery,
Just do your best,
Even adversity is chasing you,
Or grabbing you by hand,
Don’t let yourself falling down.

With the faith in Him,
With a dozen of hopes,
With a big effort as sea,
With an infinity of loves that can’t be counted,
You can survive behind the door.

I want to open it with meaningful smile,
I want to step into it with no more fear,
To see the world that I’ll be living with my eyes,
To live my life with the best thing I can be.

Welcome me….

  
O’ Allah,
Please hear this nobody’s doa’,
You’re the Almighty one,
Please keep me in the road,
Please make my world is the brighter one,
Please give me a light at the darkest moment,
If my heart is crashing, please make me stronger.
O’ Allah,
Please grant my doa’,
Only you can listen to my loud whisper,
To my silent tears,
To my unspoken body.
Amin.

 ps: those words are my second master piece. it is come from my heart. purely written by me. i hope you understand the message and the words.wassalam.

Labels: ,

Sanggupkah aku?
• 00:38 • 0 comments
"mak cik tunggu anak mak cik ni. Nama dia ******. Manager dekat *****. Dia tak tahu mak cik dekat sini. Mak cik tak ada duit dengan telefon nak telefon dia. Mak cik tengah tunggu dia lah"

Assalamualaikum,

wah!topik apa pulak hari ni yang aku nak sampaikan hingga ada kata-kata daripada mak cik ni? herm, baca jer dulu. sebenarnya kata2 ini aku teringat masa pergi rumah penjagaan orang tidak upaya. Kira macam orang hantar sesiapa untuk dijagalah.tapi bukan rumah orang tua. ada seorang mak cik ni, jalan ke hulu hilir. pakai kemas pulak tuh...mak cik ni asyik menjenguk tingkap jer. Ayah aku tanya lah kenapa...Mak cik tu jawab macam kat atas tu..

aku amat terkesan dengan ayat mak cik ni. bila balik ayah aku ceritalah semuanya kat aku pasal mak cik tu. sebenarnya mak cik ni dari semalam tunggu anak dia. dia sebenarnya lupa macam mana dia boleh ada dekat situ. rupa- rupanya dia ada penyakit Alzheimer .

tiba- tiba mak aku tanya, "kakak, kalau ummi dengan baba dah tua kan...katakan lah ummi dengan baba pun dah jadi pelupa macam mak cik tu atau sakit, kakak hantar tak ummi dengan baba dekat rumah orang tua?"

"yelah, nanti besar- besar kakak, adik-beradik semua sure sibuk. nanti nak melawat ummi dekat kampung pun susah,"

aku memang terdiam buat 2 minit. then aku jawab, "tak." dalam hati aku memang tak nak hantar parents aku dekat rumah orang tua. aku memang rasa terkesan dengan soalan mak aku. sampai malam tu aku terfikir dengan soalan tu. bukan sebab apa, tapi banyak kemungkinan yang kita tak tahu pada masa hadapan kita.


Mungkin semua dah tahu, bahawa ibu bapa adalah insan yang paling penting sekali dalam hidup kita tidak kiralah mereka ini baik atau pun sebaliknya. Insan inilah yang perlu kita hargai, sayangi, cintai dan dibalas jasanya. ALLAH S.W.T juga meletakkan ibu bapa di kedudukan yang tinggi. terdapat beberapa ayat dari Al-Quran yang membuktikan bahawa ALLAH S.W.T menekankan tentang ibu bapa.

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa." [al-Nisa’ 4:36]

"Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

 "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa." [al-Isra’ 17:23]
  

Sudah terbukti kata Maha Pencipta tentang kedudukan ibu bapa. mengapa? persoalan ini sebenarnya mempunyai banyak jawapan. Sehelai kertas pun tidak mencukupi untuk menjelaskannya. aku hanya akan menulis beberapa contoh.

  • merekalah yang bersusah payah menjaga kita ketika kita masih dalam kandungan selama 9 bulan. bukan senang, kerana kesihatan kandungan bergantung kepada kesihatan ibu. mesti sakit pinggang ibu kita kan? tapi semua tu ibu kita buat tak kisah jer.  
  • merekalah yang sentiasa berjaga siang malam bila kita menangis. masuk dapur walaupun mengantuk untuk buat susu. kalau nak tahu, bayi menyusu 1-2 jam, bukan sahaja waktu dia menangis. Tapi ibu dan ayah tetap berjaga kerana anaknya menjadi keutamaan.
  • waktu kita sakit, ibu dan ayahlah yang jaga kita. bila dahi tu panas sikit, mesti parents cepat panik. kalau dah pukul 1 pagi pun, mereka sanggup hantar kita ke klinik.sanggup ambil cuti, kalau tak boleh cuti, mesti call rumah atau tempat jagaan kanak-kanak untuk tanya, kita dah makan ubat atau belum.
  • Ibu dan ayah mesti beri kita makan makanan yang berkhasiat. bila masuk pasar mesti nak beli ikan, ayam, sayur, buah. Ibu kita mesti masakkan sedap-sedap.semua tu untuk pembesaran kita. mana ada parents yang tak nak anaknya membesar dengan sempurna.
  • Ibu dan ayah akan memberikan education yang sempurna untuk kita. tidak kiralah dari segi akademik atau agama. mesti belikan keperluan untuk kita. mesti hantar kelas mengaji. kalau boleh nak buat kerja rumah sama- sama dengan kita.

setakat itu jelah yang aku listkan. sebenarnya banyak lagi. mungkin juga ada jasa ibu ayah kita yang kita tak tahu.

kalau difikirkan, aku rasa kebanyakan daripada kita mempunyai cita-cita yang besar. aku rasa inilah mentaliti sebahagian orang sekarang.aku tak maksudkan korang tau. kalau aku dah sibuk, siapa nak jaga mak dengan ayah? takkan nak biar macam tu sahaja dekat kampung. nanti, kalau sakit, tak ada siapa yang tahu.takkan nak bagi semua kerja rumah mak dengan ayah buat. nak upah orang gaji ker? tapi, nanti benda lain pulak jadi.

lebih- lebih lagi kalau mak atau ayah sakit. mungkin itulah sebab mereka hantar ke rumah penjagaan orang tua. niat asalnya adalah kerana bimbangkan orang tuanya. setiap minggu mereka melawat mak dan ayah. kadang- kadang bawa orang tua mereka jalan- jalan.

TAPI, jika fikiran mereka tiba-tiba berubah macam ini, aduh, penatnya hari ni..eh, hari ni kena melawat mak dengan abah.alamak, kerja banyak tak siap.tak apelah.minggu ni jer aku tak melawat.lagi pun bukannya tak ader orang yang jaga mak dengan ayah.

niat kita dah menjadi songsang. fahamkan?


adakah korang akan berbuat demikian?atau mengupah orang gaji? atau mengambil keputusan untuk berhenti kerja? atau biarkan sahaja?

ingatlah kawan-kawan, betapa banyaknya jasa ibu bapa kita.betapa dalamnya kasih mereka terhadap kita . betapa pentingnya kita kepada mereka. betapa luasnya pengorbanan mereka terhadap kita. 

janganlah kita membuat mereka kecewa dengan kita. menangis sambil teringatkan detik gembira mereka melihat dan memegang kita buat kali pertama. jangan sampai mereka menyesali mempunyai anak seperti kita. betapa resahnya ibu bapa kita. 

fikirkanlah dahulu tentang apa-apa keputusan yang dibuat.janganlah fikir secara terburu-buru. dan janganlah sampai keputusan itu menjadikan kita seorang anak yang derhaka.

wassalam

ps: semua ni aku kongsikan untuk menjadi pengajaran untuk kita semua terutama sekali diri aku yang bukanlah sempurna sangat akhlaknya.


Labels: ,

cinta?
Saturday, 4 February 2012 • 00:15 • 1 comments
hati berdebar-debar,
jantung rasa nak meletup,
tangan menggigil,
semua benda jadi tak betul,
kelam-kabut semacam,
cakap pun lintang pukang,
mata tak boleh nak pandang orang itu,
tiap-tiap hari teringatkan si dia,
adakah ini cinta??

 

wah!ayat Shahida hari ini memang jiwang!huhu..hari ini aku nak cakap pasal benda ini pula. Aku tahu yang semua orang pernah rasa benda2 yang aku cakap dekat atas tuh, tak semua mungkin satu jer kot..yang dekat atas tu kritikal sangat. haha..

persoalannya, apakah yang kita sedang alami itu cinta? Bagi akulah, itu semua reaksi semulajadi yang akan jadi kat kita bila  jumpa seseorang yang mungkin menarik perhatian. ada orang cakap kalau korang first time rasa benda ini, itu cinta pandang pertama..aku memang tak percaya tu cinta pandang pertama XD

haha..apakah itu cinta? perasaan suka atau minat? ambil berat? atau semua? herm, pendapat aku cinta itu terlalu luas maksudnya.lebih besar daripada suka dan minat. maaflah, pendapat aku mungkin berlainan dengan korang semua..

jadi, siapa yang berhak mendapat cinta kita? boyfriend dengan girlfriend je ker? tidak sama sekali!! tolong jangan sempitkan pemikiran kita semua dengan idea-idea syaitan ni...cinta adalah kasih sayang, so mestilah kita sayang ibu bapa kiter, keluarga, kawan-kawan...yang paling penting sekali ialah Rasulallah dan pencipta kita, Allah S.W.T...

sekarang ini aku tengok sesetengah orang ini senang jer cakap i luv you, i heart you, i cintakan you, you lah intan payung i, lebih2 lagi kat fb...kalau ckp dekat kawan aku boleh terima lagi, tapi bila cakap antara bukan mahram buat aku geleng kepala sorang2 sampai adik aku cakap aku dah tak betul...

aku selalu tanya dekat diri aku, dalam satu minggu berapa kali aku cakap aku sayang dekat mak ayah aku, dalam satu bulan berapa kali aku cakap aku sayang adik2 aku, dalam satu tahun berapa kali aku menzahirkan rasa cinta pada Rasulallah dan Allah..adakah aku betul-betul maksudkannya atau sekadar perkataan..

mungkin sebahagian pada kita rasa malu nak cakap dekat mak ayah dan keluarga, jadi kita zahirkan dalam hati..sebab nanti mak cakap anak dia buang tabiat..aku macam tu lah jugak  tapi, bila dah couple ni, semua perkataan keluar. siap buat puisi lagi..bukan korang, aku maksudkan orang lain..

cuba korang bayangkan, korang cakap benda ni dekat gf dan bf korang dan korang memang tak ada apa2 ikatan dengan diorang.then, tiba2 korang kahwin dengan orang lain..aku tak rasa korang boleh cakap dekat suami atau isteri korang yang diorang adalah orang pertama korang lafazkan rasa cinta.fahamkan? macam diorang tu orang kedua..(dalam konteks hubungan suami isteri).

dan akibat daripada couple ini adalah meningkatnya maksiat..hati sakit, ramai orang yang bunuh diri, banyak anak tidak sah taraf dilahirkan dan dibuang, banyak penyakit ganjil muncul.bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, tapi menyusahkan orang sekeliling. 

ramai yang cakap: kitorang bukannya buat apa2 pun. Aku memang tak boleh terima ayat ni.memang lah tak buat apa2, tapi akan timbulnya fitnah dan gosip.bila dah jadi semua ni, korang salahkan masyarakat sebab korang tak buat apa2 dengan alasan: diorang ni suka pandang serong, buat cerita. sebenarnya itu semua salah sendiri..sendiri buat sendiri tanggung..dan yang mendapat dosa adalah orang itu sendiri, masyarakat. tak ker menyusahkan hidup orang lain?

Allah dah lama ingatkan kita jangan dekati zina.

firman Allah:“Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah)
dan suatu jalan yang buruk.
” (Al-Isra’: 32).

sesungguhnya apa yang Allah perintahkan kita pasti ada sebab disebaliknya.semuanya untuk kebaikan hamba-Nya. kita juga kena ingat yang syaitan tu ada dimana2 sahaja.mungkin di sebelah kita yang sedang menghadap blog ni. bila kita langgar perintah Allah, mesti dia gelak terbahak-bahak..

oleh itu rakan sekalian, janganlah kita membuat kesimpulan dengan mudah bahawa apa yang kita rasa terhadap seorang yang bukan mahram itu adalah cinta..memanglah perasaan itu kita tak boleh nak tahan, tapi bukankah kita boleh mengawalnya?

aku rasa sampai sini jelah post aku kali ini. aku harap peringatan ini dapat menyedarkan aku dan korang semua.cinta yang tidak berlandaskan agama adalah cinta yang rapuh..

wassalam.

ps: aku rasa kalau aku pergi interview aku akan rasa benda2 kat atas tuh.XD masa buat oral pun jadi macam tu..

Labels: ,

couple islamic?halal ker?
Saturday, 15 October 2011 • 20:35 • 0 comments
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM *****. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi..., Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
...
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
conclusion: yang haram tetap haram.perasaan suka itu memanglah tidak boleh dibendung kerana itu adalah fitrah kita sebagai manusia.tetapi kita dapat berfikir apa yang boleh kita lakukan atau tidak...
credit to my cousin, Israa for share this with me...

Labels: , ,


OLD
This owner ♥
Thanks for coming


Welcome


Yokoso minna! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice greetings on my cbox ^^
Mood : mix feeling
Status : Lolsz~
IF U DONT WANNA READ THIS BLOG,JUST LEAVE ME ALONE, NO HARM~ >.<

Chating here ♥

Awesome people ♥
Thank for following me
Credits ♥
Harhars

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Yurie